Monday 7 July 2014

Vitamin E antioksidan yang luar biasa


Vitamin E adalah satu lagi vitamin yang penting untuk tubuh badan. Apabila kita semakin tua, kita menjadi lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan penyakit.
Fakta-fakta menunjukkan bahawa ia adalah antioksidan yang luar biasa yang dapat membantu  melawan jangkitan.

 
Vitamin E juga boleh mencegah penyakit jantung, semua jenis kanser, gangguan darah, kehilangan penglihatan, artritis, dan banyak lagi.
 



 Ia dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara mebran sel, sel darah merah dan tisu tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina. 


Kelebihan Vitamin E Shaklee

- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut & masalah jerawat
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu


Vita E Complex 120's 
RM149.00
Untuk maklumat lanjut dan harga istimewa PM di :
https://www.facebook.com/messages/essence.of.nutrition

Sunday 6 July 2014

Shaklee


Strawberry Banana Shake yang berkhasiat




Cinch Shake Mix Canister RM173.00

Kekal Cergas di bulan Ramadhan

Gambar : http://1001caramen.blogspot.com

Berpuasa adalah satu cara untuk menyahtoksik yang banyak terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari. Tanpa kita sedari, di dalam tubuh terhimpun racun perosak, bahan pengawet, sisa-sisa dadah dan bahan kimia bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan. 

Lapisan usus mengandungi berbilion parasit, dan organ-organ dalaman juga mungkin terkumpul dengan toksin dan melalui puasa detoksifikasi organ berlaku. Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin. Sesetengah orang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses detoksifikasi sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.

Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular; setiap hari berbilion sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak terkumpul, tumor dan sebagainya. Semua ini akan terbakar atau dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan 'melarut' sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.

Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?
> Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
> Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
> Asid-asid lemak trans.
> Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
> Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
> Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
> Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
> Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
> Kolesterol berlebihan

.
Apa kesannya?:
> Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
> Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
> Sistem saraf diseimbangkan.
> Paras tenaga dipertingkatkan.
> Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
> Biokimia selular diharmonikan.
> Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
> Lebih mudah bergerak.
> Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
> Sistem digestif direhatkan.



Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih.  Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.

Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.

Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.

Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.

Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.

Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.

Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.

Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.

Sumber : http://www.sajionline.my



1. Energizing Soy Protein atau ESP
  • Minuman yang diperbuat dari kacang soya NON GMO
  • ESP merupakan sumber protein yang tinggi yang membantu memberikan tenaga dan rasa kenyang yang lama.
  • Sangat sesuai buat lelaki dan wanita dewasa, ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan mereka yang ada masalah gastrik.

    ESP Soy Protein Isolate Powder 850g RM150.00


2. Performance Drink
  • Minuman yang mengandungi glukose dan elektrolite yang diperlukan oleh badan.
  • Berperisa oren yang lazat
  • Mampu memberikan tenaga, mengelakkan rasa dahaga dan mengurangkan dihidrasi atau kekeringan
  • Sangat sesuai untuk mereka yang melakukan kerja berat, bersukan, dan melakukan kerja di bawah panas matahari

    Performance - Natural Orange 539g RM82.50

3. Mealshakes
  • Minuman yang lengkap dengan nutriens
  • Memberikan kesihatan yang optimum kepada badan.
  • Kanak-kanak gemar mengambil minuman ini kerasa rasanya yang sedap dan berperisa vanilla
  • Mampu memberikan tenaga ketika berpuasa dan bertindak sebagai multivitamin untuk badan
Meal Shakes - French Vanilla 544g RM114

 
Untukpertanyaan dan order sila PM di :
https://www.facebook.com/messages/essence.of.nutrition
WhatsApp : 0122088185