Gambar : http://1001caramen.blogspot.com
Berpuasa adalah satu cara untuk menyahtoksik yang banyak terkandung
dalam makanan yang kita ambil saban hari. Tanpa kita sedari, di dalam
tubuh terhimpun racun perosak, bahan pengawet, sisa-sisa dadah dan bahan
kimia bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh
memudaratkan kesihatan.
Lapisan usus mengandungi berbilion parasit, dan organ-organ dalaman
juga mungkin terkumpul dengan toksin dan melalui puasa detoksifikasi
organ berlaku. Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun
yang disebabkan oleh toksin. Sesetengah orang mengamalkan puasa dengan
hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses
detoksifikasi sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.
Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular; setiap hari berbilion
sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati
perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh
akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak
terkumpul, tumor dan sebagainya. Semua ini akan terbakar atau dinyahkan
sebagai bahan buangan. Berpuasa akan 'melarut' sel-sel berpenyakit
secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah
berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.
Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?
> Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
> Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
> Asid-asid lemak trans.
> Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
> Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
> Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
> Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
> Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
> Kolesterol berlebihan
.
Apa kesannya?:
> Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
> Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
> Sistem saraf diseimbangkan.
> Paras tenaga dipertingkatkan.
> Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
> Biokimia selular diharmonikan.
> Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
> Lebih mudah bergerak.
> Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
> Sistem digestif direhatkan.
Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti
roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos
yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.
Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan
protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis.
Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis
digunakan oleh tubuh.
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa
berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya ialah
dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang
dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi,
capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan
buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan
serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti
roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan
ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma
adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat
serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu
dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang
hari.
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana
dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah
seseorang cepat terasa letih.
Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air
berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap
membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air
kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan
bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Sumber : http://www.sajionline.my
1. Energizing Soy Protein atau ESP
- Minuman yang diperbuat dari kacang soya NON GMO
- ESP merupakan sumber protein yang tinggi yang membantu memberikan tenaga dan rasa kenyang yang lama.
- Sangat sesuai buat lelaki dan wanita dewasa, ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan mereka yang ada masalah gastrik.
ESP Soy Protein Isolate Powder 850g RM150.00
2. Performance Drink
- Minuman yang mengandungi glukose dan elektrolite yang diperlukan oleh badan.
- Berperisa oren yang lazat
- Mampu memberikan tenaga, mengelakkan rasa dahaga dan mengurangkan dihidrasi atau kekeringan
- Sangat sesuai untuk mereka yang melakukan kerja berat, bersukan, dan melakukan kerja di bawah panas matahari
Performance - Natural Orange 539g RM82.50
3. Mealshakes
- Minuman yang lengkap dengan nutriens
- Memberikan kesihatan yang optimum kepada badan.
- Kanak-kanak gemar mengambil minuman ini kerasa rasanya yang sedap dan berperisa vanilla
- Mampu memberikan tenaga ketika berpuasa dan bertindak sebagai multivitamin untuk badan
Meal Shakes - French Vanilla 544g RM114
Untukpertanyaan dan order sila PM di :
https://www.facebook.com/messages/essence.of.nutrition
WhatsApp : 0122088185