Sunday, 23 February 2014

Apa Itu Sembelit?




Apa Itu Sembelit?

Anda mengalami sembelit sekirannya mempunyai simptom-simpton seperti di bawah:

  • Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras 
  • Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.



Punca Sembelit?
  • Pemakanan tidak seimbang – pola pemakanan yang kurang serat dan air, terlalu banyak makan makanan yang telah diproses.
  • Pengambilan ubat-ubatan atau jamu yang boleh menyebabkan sembelit. antara punca yang menyebabkan berlakunya sembelit. • Gaya hidup zaman sekarang yang sentiasa mengejar masa membuatkan rutin senaman diabaikan.
  • Tabiat ke tandas yang kurang baik(suka bertangguh untuk ke tandas). Sering bertangguh untuk ke tandas walaupun telah merasakan gesaan untuk membuang air besar. Bertangguh akan membuatkan anda tidak selesa dan mengakibatkan desakan untuk membuang air besar semakin berkurangan.

Cara untuk mengatasi masalah sembelit:

  • Amalkan pemakanan seimbang, lebihkan serat dan air dalam menu harian.
  • Tambahkan pengambilan makanan tambahan seperti kalsium, alfalfa atau herblax untuk melancarkan proses detoksifikasi. Kalsium boleh membantu melembutkan najis, manakala Alfalfa dan Herblax pula membantu dalam pelawasan dan proses detoksifikasi.
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. 
  • Pilih pemakanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk merangsang usus yang sangat bagus untuk melancarkan proses pembuangan.
  • JANGAN BERTANGGUH! Segera ke tandas apabila merasakan desakan untuk membuang air besar. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak ke tandas.

Atasi masalah sembelit anda dengan cara yang betul dan menjadi lebih sihat.


http://essenceofnutrition.blogspot.com/search/label/Herb-Lax
 
Herb Lax 120's  RM52.50
 

Untuk maklumat lanjut dan order boleh PM di :
https://www.facebook.com/messages/essence.of.nutrition
WhatsApp : 0122088185



 

No comments:

Post a Comment