Monday, 3 February 2014
Jaundice atau demam kuning
Jaundice adalah tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang pada hari keempat dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran.
Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu. Namun, selepas bayi lahir, badannya sendiri harus melakukannya. Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Jika kandungan bilirubin dalam badan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi. Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa). Namun, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning atau jaundice. Jika level bilirubin terlalu tinggi, kebiasaannya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.
Kadangkala penyakit kuning adalah disebabkan oleh tidak cukup susu ibu (bukan daripada susu itu sendiri). Cecair tambahan yang berguna untuk bayi yang tidak mendapat susu ibu yang mencukupi.
Peyusua lebih kerap (sehingga 12 kali sehari) akan meningkatkan tahap cecair bayi dan boleh menyebabkan tahap bilirubin menurun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment