Monday 3 February 2014

Mengapa "Morning sickness"



Morning sickness adalah istilah yang merujuk pada gangguan mual muntah pada kehamilan , yang biasanya dialami wanita hamil pada trimester pertama . Istilah ini sebenarnya tidak begitu tepat , kerana faktanya gangguan mual ini kadang tidak cuma terjadi pada pagi hari . Bahkan ada pula yang mengalaminya sepanjang hari .

Seorang ahli dari Universiti Colorado menyatakan bahawa morning sickness dicetuskan oleh keadaan tertentu , seperti pandangan , bau - bauan , dan rasa dari makanan ( daging atau sayur-sayuran ) yang mungkin akan membawa bahaya untuk janin , termasuk terhadap merokok atau alcohol . Ertinya, Morning sickness adalah suatu bentuk mekanisme pertahanan diri baik bagi ibu dan janinnya . Hal ini umumnya terjadi pada minggu ke - 6 hingga 18 kehamilan , yang merupakan tempoh paling terdedah bagi janin terhadap ketidakseimbangan kimia .

Apa sebenarnya penyebab " morning sickness " ?
Penyebab utama morning sickness adalah perubahan hormon semasa hamil. Progesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot sistem pecernaan. Makanan akan berada lebih lama dalam sistem pencernaan dan boleh menyebabkan ‘angin’. Ia juga menghantar isyarat ‘muntah’ kepada otak.

No comments:

Post a Comment